PIE'LANG BIKERS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TANDA MATI KIAN HAMPIR....

3 posters

Go down

TANDA MATI KIAN HAMPIR.... Empty TANDA MATI KIAN HAMPIR....

Post  poknik510 Mon Mar 28, 2011 10:28 am

TANDA MATI KIAN HAMPIR

Assalamualaikum,
Semoga semua berada dalam keadaan sihat di samping tugasan harian hendaknya. Seram jugak kan tajuk saya kali ni. Mungkin pada golongan yang dah bersedia tak akan merasakan debarannya, maklum sahaja amalan dah cukup. Walau apapun sebagai manusia biasa saya rasa kita perlu bimbang sbb takde jaminan jugak kita akan menempuhi alam kematian sebagai satu alam yang indah.

Kerananya, kita bukan insan yang terlepas dari melakukan dosa. Pertama, dosa pada Tuhan, sekalipun kita solat atau melakukan ibadah wajib adakah ibadah kita tuh akan diterima. Jika difikirkan mmg hidup ni penuh dgn kerunsingan. Tapi kita perlu optimis dgn setiap apa yg kita usahakan bukan? Semoga semua yang membaca mendapat manfaatnya.

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA NAK MATI
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Ya ALLAH Ya Tuhanku, aku pohon moga matiku dalam iman. Ada tempat utk dikuburkan, ada org yang akan solatkan dan ada mereka yg sentiasa mendoakan

poknik510
poknik510
Sniper
Sniper

Posts : 216
Join date : 12/03/2011

Back to top Go down

TANDA MATI KIAN HAMPIR.... Empty Re: TANDA MATI KIAN HAMPIR....

Post  ~»areff peace~» Mon Mar 28, 2011 11:16 am

Semoga kita digolongkan di kalangan org2 yang beriman..
~»areff peace~»
~»areff peace~»
Sniper
Sniper

Posts : 1088
Join date : 16/03/2011
Location : TJG.KRG-DSR.UTAMA-DSR.DAMAI ~»019-3158384~»

Back to top Go down

TANDA MATI KIAN HAMPIR.... Empty Re: TANDA MATI KIAN HAMPIR....

Post  mike Wed Mar 30, 2011 9:35 pm

maaf poknik, boleh sertakan sumber dari mana tentang ni?
berdasarkan hadith atau ayat quran mana?
terima kasih Wink
mike
mike
Sniper
Sniper

Posts : 199
Join date : 16/03/2011

https://www.facebook.com/utsmk

Back to top Go down

TANDA MATI KIAN HAMPIR.... Empty Re: TANDA MATI KIAN HAMPIR....

Post  ~»areff peace~» Thu Mar 31, 2011 5:13 pm

mike wrote:maaf poknik, boleh sertakan sumber dari mana tentang ni?
berdasarkan hadith atau ayat quran mana?
terima kasih Wink

DAri mana punye rujukan..
tp setakat yg aku baca.. xda yg salahnye..
cuma lebih baik sertakan dari mana rujukan ni dibuat..
Kerjasama andah amat kami hargai..
Terima kasih..
~»areff peace~»
~»areff peace~»
Sniper
Sniper

Posts : 1088
Join date : 16/03/2011
Location : TJG.KRG-DSR.UTAMA-DSR.DAMAI ~»019-3158384~»

Back to top Go down

TANDA MATI KIAN HAMPIR.... Empty Re: TANDA MATI KIAN HAMPIR....

Post  mike Thu Mar 31, 2011 9:02 pm

btol arep.
sebab kalo sumber bacaan ni, lain orang boleh tafsir/faham lain2.
atau ada kemusykilan dia xleh soal jawab.
kang rasa berdenyut2 je glabah pulok cakap dia nak mati..sudah terpesong tu.
at least kalo ada rujukan asal, atau hadith atau ayat Quran mana sebagai asas boleh kita kaji & bertanya kepada yg lebih arif andai areff peace tak dpt jwb kan Wink
mike
mike
Sniper
Sniper

Posts : 199
Join date : 16/03/2011

https://www.facebook.com/utsmk

Back to top Go down

TANDA MATI KIAN HAMPIR.... Empty Re: TANDA MATI KIAN HAMPIR....

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum