AL-IMAN AL- GHAZALI (WAFAT 505H)

View previous topic View next topic Go down

AL-IMAN AL- GHAZALI (WAFAT 505H)

Post  poknik510 on Fri Apr 08, 2011 8:58 am

Al-Imam Al-Ghazali  (wafat 505H)
Nama lengkap Al-Ghazali adalah Zainuddin Hujatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Ibnu Muhammad Al-Ghazali .
Beliau dilahirkan di Kota Tus, di Khurasan, 10 batu dari Nisabur Parsi pada tahun 450H. Beliau belajar fiqih pada Ulama’ Fiqih Syafi’i yang besar, Imam Al-Haraini Abul Ma’ali Al-Juwaini  (wafat 478H) di negeri Nisabur, Parsi.

Imam Ghzali  juga ikut mengajar pada sekolah Tinggi Syafi’iyah An-Mizamiyah di Baghdad tahun 484H. Imam Ghazali  seorang ‘alim besar. Majlis pengajiannya diberi nama oleh orang dengan julukan “Majlis 300 sorban besar”. Beliau selain ahli fiqih juga ahli tasawuf yang tak ada tandingnya ketika itu. Kitabnya dalam Tasawuf ialah Kitab Ihya Ulumuddin yang terkenal dan sekarang dipakai oleh seluruh Ulama’ dalam dunia Islam.

Dalam fiqih Syafi’i beliau mengarang Kitab-kitab Al-Wasit, Al- Basit, dan Al-Wajiz yang sampai sekarang terpakai pada Sekolah-sekolah
Syafi’iyah. Imam Ghazali  mengarang 47 buah kitab dari pelbagai ilmu pengetahuan, bukan saja ilmu fiqih tetapi juga ilmu usul fiqih, ilmu
tasawuf, ilmu filsafat, ilmu Al-Quran dan lain-lain. Hal ini harus diketahui oleh orang-orang yang anti Mazhab Syafi’i iaitu pengikut-pengikut Mazhab Ibnu Taimiyah, Muhammad ‘Abduh dan Rasyid Redha.


Imam Ghazali  yang begitu luas dan dalam ilmunya, masih mahu mengikut Imam Syafi’i , apa lagi kita ini yang ilmunya boleh
dikatakan tidak seberapa kalau dibanding dengan ilmu Imam Ghazali . Karangan-karangan Kitab Imam Ghazali  di antaranya adalah:
1. Ihya Ulumuddin.
2. Tahafutul Falasifah.
3. Al-Iqtisad fil I’tiqad.
4. Al-Munqiz Minad Dhalal.
5. Jawahiril Quran.
6. Al-Maqsadul Asna fi Ma’an Asamil Husna.
7. Faisahlut Tariqah bainal Islam waz Zindiqah.
8. Al-Qistasul Mustaqim.
9. Al-Mustazhari.
10. Hujatul Haq.
11. Mufsilul Khilaf.
12. Kimiyaus Sa’adah.
13. Kitabul Basit.
14. Al-Wasit.
15. Al-Wajiz.
16. Khulasatul Mukhtasar.
17. Yaqutut Ta’wil fi Tafsirit Tanzil (40 jilid).
18. Al-Mustasfa.
19. Al-Mankhul.
20. Al-Muntahal fi Ilmil Jidal.
21. Mi’yarul Ulum.
22. Al-Maqasid.
23. Al-Madhanun.
24. Misykatul Anwar.
25. Mahkun Nadhar.
26. Tilbisu Iblis.
27. Nasihatul Muluk.
28. Ad-Durarul Fakhirah.
29. Anisul Wahdah.
30. Al-Qurbah IlaLLah.
31. Akhlakul Abraar.
32. Bidayatul Hidayah.
33. Al-Arba’in fi Usuluddin.
34. Az-Zari’yah.
35. Al-Mabaadi wal Khayat.
36. Nasihatul Muluk.
37. Syifa’ul ‘Alim.
38. Iljamul ‘Awam.
39. Al-Intisar.
40. Al-‘Ulumuddiniyah.
41. Ar-Risalatul Qudsiyah.
42. Ithbatun Nadhar.
43. Al-Ma’khadl.
44. Al-Qaulul Jamiil.
45. Al-Amaali.
Imam Ghazali  telah meninggalkan nama dan jasa yang sangat berharga bagi umat Islam seluruhnya.

Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas

_________________
Berilmu tanpa beramal adalah sia-sia, Beramal tanpa ilmu adalah gil!

poknik510
Sniper
Sniper

Posts : 216
Join date : 12/03/2011

Back to top Go down

Re: AL-IMAN AL- GHAZALI (WAFAT 505H)

Post  ~»areff peace~» on Fri Apr 08, 2011 9:30 am


_________________
~»Sebaik-baik manusia adalah tidak menyusahkan orang lain~»
~»Hendak berlayar ke Pulau Betong,Sambil mencuba labuhkan pukat.
Bulat air kerana pembetong,Bulat manusia kerana muafakat~»
~»Anak rusa masuk ke taman,Puas sudah orang memburu.
Kalau muda jadikan TEMAN,Yang tua jadikan GURU~»

~»areff peace~»
Sniper
Sniper

Posts : 1088
Join date : 16/03/2011
Location : TJG.KRG-DSR.UTAMA-DSR.DAMAI ~»019-3158384~»

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum