PIE'LANG BIKERS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti

3 posters

Go down

Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti Empty Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti

Post  ustazganu Fri Apr 01, 2011 3:32 am

Assalamualaikum,

Kepada planner / yang nak pergi ke Koh Samui,

Sekarang Thai Selatan teruk dilanda ribut dan banjir besar, antara kawasan yang terjejas teruk ialah Koh Samui,
sila baca berita ini.

http://www.bernama.com/bernama//v5/bm/newsindex.php?id=574727

maaf, kerana saya hanya sekadar memperingatkan bimbang berlaku apa-apa kat sana, lagipun proses untuk bersihkan dan baiki keadaan material kat sana memakan masa. Wallahu a'alam.
ustazganu
ustazganu
Army Corps of Religion
Army Corps of Religion

Posts : 45
Join date : 16/03/2011
Age : 48
Location : Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

http://drfazdi.blogspot.com

Back to top Go down

Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti Empty Re: Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti

Post  ~»areff peace~» Fri Apr 01, 2011 7:53 am

29 Mac, 2011 22:50 PM

Banjir Di Selatan Thailand Semakin Buruk

BANGKOK, 29 Mac (Bernama) -- Situasi banjir di selatan Thailand hari ini semakin buruk menyebabkan hampir satu juta penduduk di kawasan itu terjejas dan angka korban mencatatkan 11 kematian setakat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pemulihan Bencana Wibul Sanguanpong berkata mangsa terbaru korban banjir hari ini ialah Nattanit Thitipornvanit, 20, di Phattalung.

Sementara itu, beribu-ribu penumpang termasuk pelancong terkandas di Lapangan Terbang Koh Samui dan Lapangan Terbang Nakhon Si Thammarat apabila kedua-duanya ditutup sementara sejak semalam.

Penerbangan pertama dari Bangkok ke Samui pada 1.55 petang terpaksa berpatah balik ke Bangkok selepas pesawat gagal mendarat di Lapangan Terbang Samui berikutan angin kuat.

Pulau Koh Samui di wilayah Surat Thani turut menghentikan perkhidmatan botnya berikutan ombak setinggi tiga meter.

Wibul berkata Narathiwat merupakan wilayah pertama yang mengalami banjir selain tujuh wilayah lain -- Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Phattalung, Trang, Chumporn, Songkhla dan Krabi.

Katanya seramai 979,665 mangsa dari 2,763 kampung terjejas dalam bencana banjir itu yang melanda selatan Thailand sejak Sabtu lepas.

Semua perkhidmatan kereta api bagi sektor selatan telah digantung operasinya berikutan banjir, umum State Railways of Thailand hari ini.

Dalam perkembangan lain, lebih 2,000 ekor lembu terbunuh di daerah Omkoi, wilayah Chiangmai sejak minggu lepas akibat cuaca sejuk.

Jurucakap pejabat daerah Omkoi Terdsak Jaruakkara Sheriff berkata daerah itu ketika ini mengalami suhu 7.5 darjah Celsius.

-- BERNAMA
~»areff peace~»
~»areff peace~»
Sniper
Sniper

Posts : 1088
Join date : 16/03/2011
Location : TJG.KRG-DSR.UTAMA-DSR.DAMAI ~»019-3158384~»

Back to top Go down

Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti Empty Re: Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti

Post  ~»areff peace~» Fri Apr 01, 2011 8:08 am

ustazganu wrote:Assalamualaikum,

Kepada planner / yang nak pergi ke Koh Samui,

Sekarang Thai Selatan teruk dilanda ribut dan banjir besar, antara kawasan yang terjejas teruk ialah Koh Samui,
sila baca berita ini.

http://www.bernama.com/bernama//v5/bm/newsindex.php?id=574727

maaf, kerana saya hanya sekadar memperingatkan bimbang berlaku apa-apa kat sana, lagipun proses untuk bersihkan dan baiki keadaan material kat sana memakan masa. Wallahu a'alam.

Oleh kerana saya juga salah seorg peserta..
sy juga perlu mengambil berat tentang hal ini..
Jadi perkara ini akan dipantau dan di update
dari masa kesemasa sehingga tiba masanya.
Harap maklom..
~»areff peace~»
~»areff peace~»
Sniper
Sniper

Posts : 1088
Join date : 16/03/2011
Location : TJG.KRG-DSR.UTAMA-DSR.DAMAI ~»019-3158384~»

Back to top Go down

Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti Empty Re: Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti

Post  rashidi Fri Apr 01, 2011 8:30 am

rashidi
rashidi
Commanding Officer
Commanding Officer

Posts : 207
Join date : 13/03/2011
Age : 59
Location : Ampang/KLCC/Ampang

Back to top Go down

Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti Empty Re: Mods dan Ahli : Harap fikir banyak kali sebelum ke Koh Samui nanti

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum